Jumat, Februari 19, 2010

Cara Ikan Makan Umpan dan Pilihan Mata Kail

Setiap spesies ikan mempunyai cara tersendiri memakan umpan ,ada yang menyambar, ada juga yang mencuil atau meroteh, ada jenis ikan yang menghisap masuk umpan dan lain-lain lagi. Mengenal cara ikan makan umpan adalah penting sekali untuk memilih mata kail yang sesuai untuk memacingnya. Cara-cara ikan memakan umpan adalah:
1. Menyambar
 
Jenis ikan yang menyambar adalah selalunya jenis ikan yang bergigi tajam atau jenis ikan "predator" yang akan makan umpan semasa bergerak, mau pun ikan itu sendiri yang bergerak atau umpan bergerak. Hal ini juga berlaku saat memancing teknik trolling, casting, atau memancing dengan umpan hidup (live baiting) atau umpan tiruan. Beberapa jenis ikan yang berkelakuan begini adalah, Ikan Alu Alu, Haruan Tasik, Ikan Yu, Ikan Siakap, Tenggiri, Gerepoh atau GT dan lain lain lagi.
Bagi ikan jenis ini disarankan kail dari jenis "Tuna Hook" atau " Big game Hook" yang mana matanya menegak lurus kepangkal. Ini disebabkan apabila ikan tersebut menyambar pada umpan , mata kail akan terus mencangkuk pada ikan tersebut.
Jenis mata kail ini juga mempunyai daya ketahanan yang kuat dan tidak akan melurus semasa hentakan. Kekuatan hentakan adalah lebihkurang 10 kali berat badan ikan tersebut. Misalnya, berat badan ikan itu adalah 10 kg maka berat hentakan adalah lebih dari 100 kg. Jadi bayangkan sekiranya mata kail itu tidak kuat atau tak sesuai maka ikan akan terlepas.

2.  Meragut
Perkataan ragut bermakna jenis ikan yang memakan umpan yang tidak bergerak manakala ikan tersebut akan mengambil umpan dan melarikan diri. Ini selalu berlaku apabila kita memancing dasar (bottom fishing) atau mengambur (drift fishing) dimana kita mengunakan umpan yang mati. Kebanyakan ikan berkelakuan begini dan diantaranya adalah ikan Jenak, ikan Merah, Pari, Ebek dan bermacam macam lagi.
Bagi jenis ikan ragut ini, mata pancing yang disarankan adalah dari jenis kail yang matanya membengkok sedikit atau dari jenis kail yang disebut "circle hook".
"Circle hook" adalah sejenis kail yang dicipta khusus untuk mengcakuk ikan hanya pada mulutnya.

3.Memagut (Nibblers)
Ikan yang makan secara memangut adalah dari ikan yang makan dan berada ditempat itu. Ikan jenis ini tidak bergerak semasa mememakan umpan mau pun umpan bergerak, dengan demikian amatlah susah untuk kail mengena ikan tersebut secara tersendirinya.  Jenis ikan ini biasanya ikan-ikan kecil. Bagi ikan yang suka makan begini disarankan kail yang jenis lurus atau mempunyai mata yang mendonggak ketepi (off set point). Disarankan juga mata pancing yang digunakan janganlah terlalu besar. Untuk mendapat ikan jenis ini kita harus cepat menyentaknya apabila dirasa ikan memakan umpan

4. Menghisap (Sucking)
 
Terdapat juga ikan yang menghisap umpan kedalam mulutnya seperti ikan kerapu, gongbelang, pelata bali, dan banyak lagi. Ikan dari jenis ini ada yang mempunyai gigi tajam dan ada juga yang mempunyai insang yang tajam untuk memotong umpan selepas umpan masuk kemulutnya.
Bagi ikan dari jenis ini disarankan penggunaan kail yang mempunyai tangkai yang panjang.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar